Ahlan wasahlan~ (^_^)


Saturday 23 June 2012

.. buat Adam dan Hawa ..

.. buat para Adam yg pernah mengecewakan Hawa ..
juga utk para Hawa yg telah berjaya "bangkit" kembali .. [chill dear ~! ]


Jasad yang kamu pandang itu sekarang adalah perempuan itu...
Seorang perempuan yang dahulunya kau injak-injak…
Seorang perempuan yang kau dahulu hatinya kau permainkan…
Seorang perempuan yang pernah kau taburi banyak janji yang tidak pernah kau tepati…
Seorang perempuan yang kau pandang sebelah mata…
Seorang perempuan yang kau kira hanya boleh dibuat mainan…
Seorang perempuan yang pernah kau kenyit mata…
Seorang perempuan yang bisa kau buat sesuka hatinya…
Seorang perempuan yang kau kira tidak bijak…
Seorang perempuan yang pernah kau beri senyuman palsu buatnya…
serta,, seorang perempuan yang telah banyak kau melakukan dOsa…
dan…seorang perempuan yang hakikatnya kau belum kenal siapa dirinya yang sebenar ~!

Kau pernah mengajak dia melakukan dOsa..sedang kau tahu dia perempuan mulia…
Kau pernah menghancurkan dia..sedang kau tahu dia perempuan terhormat…
Kau pernah menyakiti dia..sedang kau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut…
Kau mengotori cintanya..sedang kau tahu cintanya itu suci…
Kau mempermainkan hatinya..sedang kau tahu dia perempuan hebat !!

Sedarlah wahai Adam...
Perempuan itu pernah membahagiakan kamu…
Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum…
Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu…
Perempuan itu juga pernah merasa bimbang kepadamu…
tapi,, sia-sia sahaja perlakuannya semua itu terhadapmu…
kerana kau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan yang rosak akhlaknya…

Jika suatu masa dahulu
Mujahidah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran..
setelah kehadiran kau dalam hidupnya,
kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong ! bicaranya tidak seiring tindakannya…
Jika suatu masa dahulu dia seorang perempuan yang mementingkan ukhwah dgn sahabat-sahabatnya..
setelah adanya kau,,
dia menjadi kera sumbang
menjadi perahsia terhadap mereka…

Jangan pernah lupa,
perempuan ceria itu, telah kau ragut keceriaannya…
dan,,
setelah kau merasakan dia tidak berguna lagi dalam hidupmu,
setelah kau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu,
setelah setelah kau merasa bosan dengan perempuan itu,
lalu..
kau membuangnya..bagai membuang sampah di dalam tong sampah..
kau tidak menggunakan cara terhormat untuk “membuang” dia dari hidupmu..
sedangkan kau tahu,
setelah tindakan “pembuanganmu” itu,,
akan mengundang aib terbesarmu…
iaitu, “menghancurkan dan merosakkan perempuan terhormat” !

Dan sejak detik itu,
engkau sering merasa berdosa..
maka merasalah berdosa dengan Allah..
pintalah keampunan dari-Nya..

tapi,, jangan pernah kau lupa..
kemaafan ikhlas daripada perempuan itu ternyata lebih penting..
kerana
Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa kamu sebelum kamu meminta maaf padanya..
Suatu masa dahulu,,
berani saja kau memperkotak-katikkan dirinya..
tapi sekarang,,
jangan pernah kau berani lagi..
kerana perempuan itu suatu masa dahulu yang kau kenal
tidak sama dengan yang sekarang..

Tidak perlulah kau menyapa dia
hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat insane berdosa seperti kamu..
Tidak perlu juga kau memberi senyuman manis kepada dia
sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya..
Tidak perlu lagi kau menghubungi dia
kerana dalam hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya Allah..

Sungguh,,
dia sangkakan hujan ribut akan berpanjangan..
rupanya Allah datangkan pelangi..
Jangan pernah kau samakan perempuan itu suatu masa daulu dengan kini..
Masa merubah segalanya…
Dia kini menjadi perempuan terhormat yang kembali menjaga diri dan hatinya…

:: mawar addin ::

No comments:

Post a Comment