Ahlan wasahlan~ (^_^)


Tuesday 26 June 2012

.. pakar perubatan : ALLAH SWT ::


Pakar perubatan : Allah Azzawajalla

Simptom :

1) Pesakit melakukan maksiat kemudian timbul rasa bersalah
2) Biasa dengan dosa - sudah terkikis rasa bersalahnya kepada Allah SWT
3) Seronok buat dosa - ketagih untuk terus melakukan dosa
4) Mempromosi dosa - menarik ramai orang untuk menyebarkan ‘virus’ penyakitnya.

Punca :

Tujuan hidup belum jelas, TANYA PADA DIRI :
*dari mana aku datang?
*siapa ciptakan aku?
*untuk apa diciptakan?
*ke mana aku nak pergi selepas dunia ini musnah?

Ubat dan fungsi ubat :

1) MEMBACA AL-QURAN :
     a. Ubat motivasi
     b. Terapkan dalam kehidupan
     c. Ambil ilmu di dalamnya
     d. Khatamkannya paling kurang 3 bulan sekali

2) QIAMULLAIL :
     a. Mulakan dengan sedikit,yang penting istiqamah
     b. Bangun malam sebulan sekali,kemudian latih seminggu sekali

3) ISTIGHFAR :
     a. Baca perlahan-lahan dan hayati maksudnya
     b. Hitung bacaan istighfar; 10 kali,33 kali,70 kali ataupun 100 kali sehari

4) MENINGATI MATI :
     a. Tubuh kaku,manusia menangisi pemergian,harta dan pangkat tidak dibawa bersama,
         yang hanya dibawa adalah amal soleh

5) MENANGIS DAN MENGADU :
     a. Tiada siapa yang lebih kuat melainkan ALLAH,tempat memohon kekuatan.
         Hadis Nabi Muhammad SAW :
        “aku haramkan neraka kepada yang mata yang selalu menangis kerana takut kepada
         Allah.”(Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Petanda jiwa pulih :
1) PERASAAN LEBIH TENANG.Tiada kecewa.Tiada lagi kegelisahan di hati
2) HATI RASA DIPANDU cahaya Ilahi
3) AKAL POSITIF.Bertindak berdasarkan wahyu Allah.

Cara mengekalkan kesihatan jiwa :
1) USAH TERGESA . Fikir sebab dan akibat sesuatu tindakan
2) JAUHI HASAD
3) TAWADUK . Jangan sombong
4) BERHENTI BERANGAN-ANGAN YANG PANJANG.Jom segera beramal!
5) ISI SEBELUM KOSONG . Teruskan berdoa,teruskan membaca al-Quran dan bersama
     dalam majlis ilmu.
:: mawar_addin ::

No comments:

Post a Comment