Ahlan wasahlan~ (^_^)


Tuesday 17 December 2013

Ummi Ayah, May Allah Protects Both Of You. I Miss You.



Ni gambar Ummi dengan Ayah aku.
Gambar ni waktu kitorang bercuti last year.
Kat Sabah waktu ni.
Aku lupa pulak apa nama Pulau ni. Hehe.

Sekarang nie aku nak cerita,
Semalam aku balik rumah.
Aku 2 minggu je rasanya tak balik.

Tapi bila aku balik,
Macam pelik sikit semua yang ada kat rumah aku tu.
Adik-adik aku pun sama.
Aku rasa diorang dah lain.
Diorang makin besar, makin dewasa.

And....
Paling ketara berubah,
Aku nampak kat Ummi dengan Ayah.
Ayah makin banyak beruban.
Ummi nampak macam makin berumur.
Aku sedihh.
Tak tahu cane nak ungkap kesedihan aku.
Aku takut.
Cane kalau...
One day aku tak sempat nak balas ape-ape kat diorang?
Diorang banyak berkorban untuk aku.
Aku nak balas ape kat diorang?

Sumpah, aku sayang sangat kat diorang.
Tapi cane aku nak buat?

Aku dah berusaha buat yang terbaik untuk diorang.
Aku taknak diorang kecewa lagi dengan aku.
Macam waktu result SPM dulu........

Diorang tak cakap diorang sedih, kecewa.
Tapi aku tahu, diorang mesti kecewa sangat.
Tapi, boleh tak kalau.......
Aku nak diorang tahu,
Bukan diorang je yang kecewa.
Aku pun kecewa jugak dengan result aku dulu.
Aku nak tebus balik.

Okayy,
Lupakan pasal SPM.

Aku kalau sedih, aku selalu fikir pasal Ummi Ayah aku.
Aku selalu fikir,
Cane aku nak bahagiakan diorang?
Sempat tak aku nak bahagiakan diorang?

Ayah selalu call, tanya "anak ayah tengah buat ape?"
Memang tu soalan first setiap kali dia call.
Lagi-lagi waktu first time aku duduk asrama.
Ayah sangat care pasal aku sebenarnya.
Sebab aku sorang je dalam adik beradik yang tak penah jauh dengan family.

Sejak kebelakangan nie,
Bila ayah tanya aku soalan tu,
Aku terus nangis.
Aku tak boleh tahan la.
Serious,
Aku Sayang Ayah.

Ummi pulak, tiap-tiap hari mesej, tanya dah solat ke, belajar okay ke.

Ya Allah,
Sumpah,
Lately aku sangat sensitive.

Aku taktahu cane nak ungkap.
Yang pasti aku taknak hilang diorang.

Ya Allah,
Panjangkan umur mereka.
Agar aku dapat bahagiakan mereka.
Bantu Aku Untuk Menjadi Anak Solehah Yang Sentiasa Menyejukkan Hati Mereka.

- mood : jangan ganggu bila aku tengah nangis -

:: mawar addin ::

Sunday 1 December 2013

Bangkitlah Adam


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi..

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya damai dihati
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita..
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda..
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa..
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama..
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya..

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah..
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh..
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh..

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh..
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah..

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


Karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

p/s :
Sedarilah Kaum Adam Sekalian
Kerana Dirimu Sangat Diperlukan
Untuk Menyelamatkan Agama..


:: mawar addin ::

Wednesday 27 November 2013

Kita Tak Tahu Aturan Allah Buat Kita

Terkadang kita lihat langit cerah.
Hidup itu arusnya mudah benar.
Tiada kesulitan.

Tak beringat.

Langit cerah itu juga mampu menangis.
Malah lebih hebat bisa terjadi.
Hidup senang itu nikmat.
Dan bila bila sahaja mungkin hilang ditarik Dia.

Entah sedar atau masih mimpi.
Kalau Tuhan itu punya aturan sendiri.
Hukum yang sudah dijamin rapi.

Kau inginkan hidup tanpa ujian.
Tak.
Takkan mungkin.
Sedang kesenangan itu juga satu ujian.

Kau sedang fikir apa?
Cepat sedar.

via noktahtulisan





:: mawar addin ::

Sunday 10 November 2013

Ya, Allah Tahu Hati Kita Sakit

"ye,
Walau sakit macam mana pun hati kita. 
Walau terasa macam mana pun. 
Walau terluka macam mana pun.
Jangan tunjuk akhlak yang buruk.
Jangan simpan dendam dalam hati, rosak hati tu nanti. 
Hati bukan tempat untuk menyimpan perkara-perkara tak enak macam tu..

Lupakanlah.
Itu lebih membawa pada ketenangan.
Lupakanlah.
Moga ada maaf untuk hari esok.
Lupakanlah.
Doakan saja agar dia tersedar atas perbuatannya suatu hari nanti.

Kita bukan hakim yg adil,
Tapi Allah sebaik-baik hakim." — Ruqaiyah Yusof


:: mawar addin ::

Tuesday 17 September 2013

 
UNIVERSITY LIFE
 
 
*cultureshock
 
hmm...first thing first...culture shock..bila da melangkah ke alam university ni..banyak perkara yang kita perlu pertimbangkan..terutamanya dalam aspek diri kita sendiri..maksudnya...bila da masuk u ni..macam macam telatah manusia yang akan kita lihat..variety of human behaviour..oleh yang demikian..pelbagai langkah perlu kita titikberatkan dalam perhubungan antara kawan..gunakanlah akal yang dianugerahkan oleh Tuhan..sebaik baiknya..pilih kawan yg boleh membimbing kita dunia dan Akhirat..yang baik tu ikutlah..yg kurang baik tu jangan ikut pulak tau..bak kata pepatah orang melayu dulu dulu..yang baik dijadikan teladan..yang jahat dijadikan sempadan..tak gitu cek kiah..hmm..and another thing is..jadi diri kita sendiri..jangan ikut org..thats not good to be a fake human rather than you be yourself..be original..and do not copy paste other people life style to yourself..you might turn into other people genes...heheh..sebenarnya..straight to the point..kita just jadi diri sendiri sepertimana diri kita kat rumah or sekolah..just ke u ni untuk kita menambahkan ilmu dan meningkatkan prestasi diri ke peringkat yg kebuh tinggi..one thing that we should have to do with is always improve our skill and shoot for the excellence..right..ooo..kemonn...semua org mampu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan..
 
 
*usahasungguhsungguh
 
 
actually
 
bila da menempuh alam u ni..it is not easy as other people think about,...persaingan antara classmate sgt lah sengit..jadi..nak cakap kat sini...dari sekolah tu sblm terlambat mcm saya...tingkatkan communicaton skill okay..sgt diperlukan..it is..a MUST..sakit nnti bila xbiasa..I am already felt those feeling..i am trying to fix myself..inshaaAllah..pray for me ya...and other thing is..lagi susah kalau ada scholar molar ni..kena sentiasa consistent..kang ssh hidup..serious talk ni..
quiz nak kena buat betul betul...all things yg lecturer ckp mse first first kena ambil perhatian...jgn masuk tlga kanan kluar tlga kiri..
 
 
I think that is all the point I can share now..and the other time..i will share another point..it is just because I got works to do with..see ya..assalamualaikum..syukran...


Sunday 15 September 2013

expression

LONG DISTANCE FRIENDSHIP

Hmm..jemari ini pantas berlari menekan ank kunci..tapi..neuron di kepala masih bingung untuk mencoretkan satu kisah..hmm..okay..let talk about friendship..sebenarnya..tiada kata kata yang tepat untuk kita mentakrifkan definisi persahabatan itu sendiri kan..

SAHABAT

biarpun masing-masing sibuk dengan hal pelajaran..
kalian tetap ada dalam titipan doaku..
meski diri ini banyak kelemahan..
tetap ku ingati kamu
dalam diam..
aku tetap ingat
mungkin
cara itu
membuatkan seseorang kebingungan
lantas melakukan satu tindak balas di luar jangkaan
hanya kemaafan aku pintakan
namun
dirimu sekeras kerikil
tidak mampu aku untuk meruntuhkan tembok itu
aku membiarkan..
mungkin jodoh itu tersurat setakat itu sahaja..
terima kasih ku ucapkan..


hehe..tiba tiba je dah kenapa..tak tau la..konklusinya..
Tanya la org dulu kenapa dia buat begitu ye..jangan buat andaian sendiri..kelak diri sendiri yang menyesal nanti...as a friend..sikap saling memahami dan saling beralah antara satu sama lain itu perlu..MESTI..instinct tu xsemua org ada..xsemua org mampu predict apa yg kita rasa..dan hanya satu cara sahaja..yg lebih baik..kita bertanya lah..meminta maaf..bermuhasabah diri sesama sahabat..xperlu lah nak berkelahi dan bergaduh bagai...tak elokkan..



 
 
 
 
 
 

Thursday 27 June 2013

Di Alaf Baru

Assalamualaikum...

Maaf..lama tidak mengupdate blog ni..
hmm..kami semua..the gangs sudah kembali ke alam pengajian di matrik..ipta dn ipts..masing-masing membawa haluan tetapi kami tetap buddies...sentiasa menghubungi di antara satu sama lain..bagi saya..suasana pembelajaran di universiti


is totally different dengan di sekolah..evrything need to do and manage by ourselves..hmm..diyana izyan kini menuntut di palam..athirah hanafi di unikl micet..azyan nabilah di kmj..nur ain di kmp..aku sendiri di uniten..dan amira sdg mnggu uitm destini anak bangsa..masing-masing tercampak ke utara,selatan,timur dan barat..cewahhh..haha..di uniten ni..kehidupan seorang mahasiswa sgtla pack..aku sndri terasa akan bahang persaingan yang sengit di sini..Allahuakbar..actually..calculus la yg sgt miserable skrg ni..pehhh..berpinar kpla otak ni pk..tetapi..apabila direnungkan semula..kita sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang anak  hendaklah berusaha keras untuk mendapat keberkatan dan kejayaan..inilah hakikat..satu satunya hakikat yang kita tidak boleh menafikannya lagi..jadilah seorang insan yang terbaik walaupun kita semua tidak sesempurna mana..berdoalah kepadaNya..sama sama la kita berusaha mencapai redhaNya..

Tuesday 26 February 2013

Menunggu dan menghitung hari...

Assalamualaikum...

NoOna_koOkies a.K.a syasya eqan nak kongsi hati..ececeh..
KAMI...ulfahnaurateam ni merupakan gadis gadis yang sedang menghitung hari menunggu result spm...
atoto..
hati ni dup-dap-dup-dap cek jah oiiii...
saya ingin memberikan kejayaan untuk mak dan abah saya..dan sama juga seperti kawan kawan yang lain..
doakan kami meraih keputusan yang cemerlang ya..
sementara menunggu tu,,
macam-macam mimpi yang menjengah..
Semoga Allah memberkati dan merahmati sekalian hambaNya..

In Shaa Allah...


antara KELUARGA dan SAHABAT..

Assalamualaikum...

Gugupnya diri ini untuk menghasilkan coretan yang penuh kata nasihat dan dorongan...In Shaa Allah..
selagi ada daya usaha..
Di sini saya juga menasihati dan bermuhasabah diri kepada diri sendiri..jauh lagi perjalanan hidup ini..
Allah Maha Mengetahui segalanya..

IBU...BAPA..
tiada galang gantinya...kasihnya ibu,,,berjaga siang dan malam tatkala kita sakit..segalanya..sanggup berkorban apa sahaja..ya...semua insan mengetahui akan hakikat yang satu ini..
hargailah kasih ibu dan bapa..
semestinya..kita mendahulukan keluarga dalam apa jua keadaan..


renung-renungkan,,okayyy...


dan


kita semestinya menyayangi sahabat...fahami perasaan dan identiti mereka secara perlahan-lahan..iya la..manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan...

BERTOLAK ANSUR ANTARA SATU SAMA LAIN..

another way..

burst out the dissatisfaction each other in a good manner..

peace...!

:: sebagai sahabat,,kita haruslah memahami..setiap orang akan mendahulukan keluarga mereka..dan tidak semestinya sahabat diketepikan...let it be FAIR AND SQUARE...okay...




sincerely:nOona_koOkies

Tuesday 29 January 2013

Mari lah~ Korean, huhu



   Assalamu'alaikum wbt...

Apa khabar temanteman ? kawankawan? sahabatsahabatku? makcik2, pakcik2, abang2, kakak2, adik2, burung2, kucing2, awak2... bla bla bla...(2 hours later)

Okey hari ni didy tak tau nak post ape sebenarnya... memandangkan ini post yang kedua... mari lah kita bermunajat, berselawat, mendaki gunung ... erk.. lupakan aje lah... :D

Didy copy je sebenarnya tapi didy sure + yakin + pasti + 99.3456% , korang2 yang minat cerita korea akan like ape yg didy post ni (ape...ingat ni pesbuk ke, main like like...)

Teruskan...

Hari ini kite belajar cakap Korea yang basic2 dulu... selalu kalau tengok CD cerita korea , mesti kita nak tiru ape dorang cakap kan?

Kadang2, belum sempat pelakon tu habis cakap lagi, cepat betul tangan kita nak tekan punat reverse.. ada kala tu dekat sepuluh kali ulang, tapi tak dapat langsung ape die cakap, kan? (macam cakap dengan diri sendiri pulak.. haha)

Baiklah

kita mulakan dengan greeting dulu..

Hi, Hello atau Good Day – 안녕하세요 (annyeonghaseyo)

Goodbye (to someone leaving) – 안녕히 가세요 (annyeonghi kaseyo)

Goodbye (to someone staying) – 안녕히 계세요 (annyeonghi kyeseyo)

How are you? – 잘 지내요? (jal jinaeyo)

I’m fine, thank you – 잘 지내, 고마워요 (Jal jinae, komawoyo)

Thank you – 감사합니다 (Kamsahamnida), 고마워요 (Komawoyo)

Kita juga boleh guna  안녕 (annyeong) yang bermaksud hi, hello atau bye. tapi perkataan ni agak kasar, so tak boleh la digunakan untuk menyapa orang yang lebih tua... 

okeh, 

kita teruskan...

It’s nice to meet you만마서 반갑습니다 (Mannaseo pangapsumnida) or 만나서 반가워요 (Mannaseo pangawoyo).

susah ke? haha

I am glad to meet you - 만나서 기쁜니다 (Mannaseo gippeunida) or 만나서 기뻐요 (Mannaseo gippeoyo)

 I am Diyana or My name is Diyana – 제 이름은 제인입니다 (Je ireumeun Diyana imnida) 

 See you later – 나중에 봐요 (Najunge bwayo) 

Have a nice day – 좋은 하루 보내요 (Cheoun haru bonaeyo)

Dah lah, haha

sampai sini je...

(Bukan kedekut ilmu, tapi malas.. haha jawapan paling baik)

esok esok bila-bila kalau rajin Didy tambah yang lain... macam, ya, tidak, mintak maaf, bla bla bla (3 hours later)

selamat berjumpa lagi

Salamun'alaik~

by :- Diyana Izyan

Sunday 27 January 2013

tak faham =.=

Assalamualaikum .
hari ini ,
mawar cuma nak tulis entry pasal
ketidakfaham mawar tentang dunia sekarang .
    
sesungguhnya . . .
mawar benar-benar  tak faham
bila kaum-kaum adam ni
pulun habis nak cuba faham

perasaan "awek" masing-masing .

tapi

perasaan "emak" sendiri pun
tak ambil pusing .

mawar sungguh tak faham lah .
kan seorang ibu tu terlalu berharga .
lebih daripada kekasih .
hilang seorang ibu tiada ganti .
tapi ,
hilang kekasih boleh je cari ganti kann ?

syurga seorang anak itu juga letaknya
di bawah telapak kaki ibu .
bukan di telapak kaki "awek" .
heish . 
tu pun tak tau .

dan sesungguhnya ..
lelaki-lelaki yg mengagungkan "awek"
melebihi ibunya itu bukanlah taste mawar .
[euwww , not my taste !]
harap maklum . terima kasih :)

 kalau syurga dia
yang bawah telapak kaki ibu pun tak jaga ,
macam mana nak bawa mawar masuk syurga dgn dia ?

kepada zauj mawar :

mawar tak tahu siapa pun kamu .
tapi mawar hanya mampu berdoa . 
semoga kamu seorang yg soleh 
dan mampu membimbing mawar
masuk ke syurga bersamamu .
kita bercinta sampai ke syurga ya ?
aamin :)

semua ini hanya boleh berlaku
jika jodoh itu dari Allah .
tapi mawar tak kisah pasal jodoh nie .
sebab mawar sedar yang jodoh tu
kalau takde kat atas dunia ,
maknanya Allah nak bagi kat syurga nnt kann :)

 apa yg memang pasti mawar hadapi
adalah KEMATIAN .

kematian tu berlaku kepada setiap makhluk yang hidup .
so , kena lah buat pahala banyak-banyak .
raih redha Allah dalam hidup .
itu lebih penting :)   

oke lah ,
minta diri dulu .
Assalamualaikum . 

by : mawar addin 

Tuesday 22 January 2013

mawar rindu kalian fillah ♥

Assalamualaikum .
sihat semua ? hehe .
hari nie , mawar nak update pasal kawan2 mawar .
mawar rindu sangat2 pada mereka .
serius nie . mawar tak gurau2 pun tau .
 
erm .
memang betul kann , habis sekolah tu best .
tapi yang tak bestnyee , bila semua buat haluan masing2 :(
tsk tsk . mawar rasa sedih pulak. 
mawar harap semua kawan2 mawar tak lupa pada mawar .
 kalau mawar lupa atau buat2 lupa , korang kena ingatkan mawar tau ! :)
kalau korang lupa pulak , mawar akan ingatkan .
in shaa Allah (:

nak tahu tak ?
 antara kawan2 mawar tu , yg special punye rindu tentunya pada :


♥ nur ain khaizuzzaman ♥
kami satu kelas pada tahun 2012 .
beliau suka kaler blue intercoist . *mawar pun tak reti ejaaa :D
sebelum2 nie , kitorang tak sama kelas pun .
sejak sama kelas , kitorang selalu jugak gaduh .
hee . gaduh2 manja jee :D
dia nie dulu pendiam .
sejak form3 kitorang rapat , dia macam tak reti nak diam dah . haha .
mawar selalu je share ape2 dgn dia .
mawar kalau bergayut telefon dgn dia , tak cukup satu jam .
mawar pun tak boleh stop kalau bercakap dgn dia .
banyak sangat cerita yg mawar nak cerita . . :D


♥ azyan nabilah suhaimi ♥
beliau obses sangat dengan kaler hijau .
tapi raya nie dia tak pakai pulak hijau .
aneh aneh jer dia . hehe
dia pun tak reti diam jugak . 
tapi , mawar okey dgn dia . dia satu kelas dgn mawar jugak .
mawar kalau bersatu dlm kelas dgn dia and ain ,
confirm boleh retak dinding kelas sbb suara kitorang .
mujurlah tempat duduk mawar dalam kelas agak jauh sikit dari meraka :)
orang panggil dia 'MOK' . tapi mawar tak nampak pun dia mok .
mawar tengok dia comel je .
semua kawan2 mawar comel tau !
*sshh . diam2 tau . nanti diorang bangga pulak . hehe

-----------------------------------------------------------------------------
start yg bawah nie , dah tak sama kelas dgn mawar .
tapi , kami tetap hidup berjiran ! :)
-----------------------------------------------------------------------------

♥ diyana izyan amir hamzah ♥
dia baik dan pandai .
dia belajar kat kelas 5 Science 1 .
tapi mawar rapat je dgn dia .
mase rehat , kitorang selalu pergi solat dhuha same2 .
mawar rinduu time2 mcm tuu :'(
haa , tau tak ?
beliau suka kaler merah .
suka makan nasi ayam and suka minum white coffee .
moto hidup dia : DO THE BEST TO BE THE BEST 
trial SPM hari tu dia dapat 7A 2B .

♥ syafiqah hazmi ♥
beliau pula yang berbaju hijau tuu :D  
biruputih kaler kegemarannyee .
tomyam n milo juga kegemarannyee . hehe
dia nie terror tau . semua killer subject dia boleh bawak .
sampai boleh dapat A++ :) 
trial dia 8A 1B .
moto hidup : BERJUANG + IKHTIAR + DOA + TAWAKAL

♥ nor amira jafri ♥
 beliau pulak ? mmm . 
dia nie terror sangat math2 nie .
parents dia bagi makan ape pun mawar tak tahu . hehe .
hari tu trial , dia dapat math mode 99% .


♥ nurul afifah mohd hairudin ♥
tapi beliau nie sekolah ehya al-karim . hehe .
kitorang kenal sejak dari sekolah rendah .
darjah 3 atau 4 waktu tuu .
mawar pun tak sure .
kitorang dah lost contact dah sebenarnyaa .
tapi waktu form 3, tahun nak PMR tuu kitorang same tuititon .
so , jumpe balik lah . hehe
mawar selalu je bergayut dgn dia .
kadang2 tu sampai tengah malam .
kalau umi mawar jengah dalam bilik mawar tengah2 malam ,
umi mesti ingat mawar gayut dengan PAKWE :D
dia suka kaler biru .
suka makan bihun tomyam seafood .
suka minum jus epal susu .
 haa , lagi satu perangai dia . 
moto hidup : INGIN TERUS MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG YANG BERADA DI SISI .

and . .


Nurul Syuhadah Mohd Kamar Arpin
dulu , mawar rapat dengan beliau .
kitorang selalu balik lambat sama sama .
mawar tunggu abang mawar habis kelas petang waktu tuu .
masa tu , mawar form 2 , abang mawar form 3 , nak PMR lah katekann .
syuhada pun ada abang . form 3jugak :)
haa , kitorang selalu bertiga : mawar + syuhada + azyan
orang kate kitorang sayang sekolah . hehe 
tapi sejak nak masuk form 4, dia pindah ke     
  SMV Ampangan Seremban . tsk tsk :'( 
biru langit kaler feveretnyaaa .
 suka char kuey teow and air masak jeee *jaga kesihatan katanya ... kih kih
moto hidup : LOVE THE LOVE WITH LOTS OF LOVE TO BE IN LOVE WITH ALLAH.
 
-------------------------------------------------------------------------------

 erm . . .
mereka selalu bantu mengurangkan beban yg mawar tanggung .
terima kasih sebab kalian sentiasa di sisi mawar . 
mawar teringat satu mutiara kata tentang sahabat .
mutiara kata itu bermadah . . .

 "a FRIEND is . . .

a push when you have stopped,

a chat when you are lonely,

a guide when you are searching,

a smile when you are sad,

a song when you are glad."


so , conclusionnyaaa ,
mawar sayang kalian :)
semoga ukhwah yang terjalin berkekalan selamanyaa ! ♥

 "SEPI" bukan bererti "HILANG"
"DIAM" bukan bererti"LUPA"
"JAUH" bukan bererti "PUTUS"
 
mawar punya sepasang mata yg tak selalu melihat kalian...
  juga punya sepasang tangan yg tak selalu boleh menyentuh kalian...
  dan punya sepasang kaki yg tak selamanya boleh berjalan bersama kalian...

Tapi mawar punya satu hati, yg akan selalu mengingat dan menyayangi kalian...

in shaa Allah

by : mawar addin