Ahlan wasahlan~ (^_^)


Tuesday 17 December 2013

Ummi Ayah, May Allah Protects Both Of You. I Miss You.



Ni gambar Ummi dengan Ayah aku.
Gambar ni waktu kitorang bercuti last year.
Kat Sabah waktu ni.
Aku lupa pulak apa nama Pulau ni. Hehe.

Sekarang nie aku nak cerita,
Semalam aku balik rumah.
Aku 2 minggu je rasanya tak balik.

Tapi bila aku balik,
Macam pelik sikit semua yang ada kat rumah aku tu.
Adik-adik aku pun sama.
Aku rasa diorang dah lain.
Diorang makin besar, makin dewasa.

And....
Paling ketara berubah,
Aku nampak kat Ummi dengan Ayah.
Ayah makin banyak beruban.
Ummi nampak macam makin berumur.
Aku sedihh.
Tak tahu cane nak ungkap kesedihan aku.
Aku takut.
Cane kalau...
One day aku tak sempat nak balas ape-ape kat diorang?
Diorang banyak berkorban untuk aku.
Aku nak balas ape kat diorang?

Sumpah, aku sayang sangat kat diorang.
Tapi cane aku nak buat?

Aku dah berusaha buat yang terbaik untuk diorang.
Aku taknak diorang kecewa lagi dengan aku.
Macam waktu result SPM dulu........

Diorang tak cakap diorang sedih, kecewa.
Tapi aku tahu, diorang mesti kecewa sangat.
Tapi, boleh tak kalau.......
Aku nak diorang tahu,
Bukan diorang je yang kecewa.
Aku pun kecewa jugak dengan result aku dulu.
Aku nak tebus balik.

Okayy,
Lupakan pasal SPM.

Aku kalau sedih, aku selalu fikir pasal Ummi Ayah aku.
Aku selalu fikir,
Cane aku nak bahagiakan diorang?
Sempat tak aku nak bahagiakan diorang?

Ayah selalu call, tanya "anak ayah tengah buat ape?"
Memang tu soalan first setiap kali dia call.
Lagi-lagi waktu first time aku duduk asrama.
Ayah sangat care pasal aku sebenarnya.
Sebab aku sorang je dalam adik beradik yang tak penah jauh dengan family.

Sejak kebelakangan nie,
Bila ayah tanya aku soalan tu,
Aku terus nangis.
Aku tak boleh tahan la.
Serious,
Aku Sayang Ayah.

Ummi pulak, tiap-tiap hari mesej, tanya dah solat ke, belajar okay ke.

Ya Allah,
Sumpah,
Lately aku sangat sensitive.

Aku taktahu cane nak ungkap.
Yang pasti aku taknak hilang diorang.

Ya Allah,
Panjangkan umur mereka.
Agar aku dapat bahagiakan mereka.
Bantu Aku Untuk Menjadi Anak Solehah Yang Sentiasa Menyejukkan Hati Mereka.

- mood : jangan ganggu bila aku tengah nangis -

:: mawar addin ::

Sunday 1 December 2013

Bangkitlah Adam


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi..

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya damai dihati
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita..
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda..
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa..
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama..
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya..

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah..
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh..
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh..

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh..
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah..

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


Karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

p/s :
Sedarilah Kaum Adam Sekalian
Kerana Dirimu Sangat Diperlukan
Untuk Menyelamatkan Agama..


:: mawar addin ::