"Assalamualaikum
lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari sabtu lepas
saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".
Mesej
ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan chatting Facebook. Agak berderau
darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan
kepadanya menegur aku.
"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa
kurangnya. Dengar cite dah jadi presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak
silap saya awak pun dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena
Bulan Dakwah kan?"
Dengan laju aku membalas mesej sekaligus
menghiraukan assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat
aku chatting dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam.
Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah
malam. Itupun aku langgar.
Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?"
tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak
lena. Aku mula rasa serba salah.
"Awak, awak...kenapa awak
panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam
yang awak gunakan dengan muslimat yang lain?"
Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?
Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku
talam dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku
mengalahkan sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk
kembali jahil.
Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.
Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.
Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi
lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula
membogelkan niat suci tadi.
Hubungan yang mula dipertahankan
dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan
sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah
muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah
hanya menjadi lesen berhubung.
"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.
"................"
Tiada jawapan.
"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus
diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang.
Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam
bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang
dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"
..........................................................................................................
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)
TAKWA.
Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?
Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan
TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!
Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?
Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita
hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua
masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana
Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.
Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku...
:: mawar addin ::
No comments:
Post a Comment