Ahlan wasahlan~ (^_^)


Saturday 23 June 2012

... kura-kura dgn katak ...


Pada satu masa dahulu, ada seekor kura-kura yang selalu memandang sinis terhadap seekor katak. Apabila katak tersebut telah hilang sabar terhadap perlakuan biadab kura-kura terhadapnya, ia pun bertanya kepada sang kura-kura itu.
“Cik Kura-Kura, pernahkah aku menyakiti hatimu, sehinggakan kau selalu memandang sinis terhadapku dan tidak pernah menegurku walau sekalipun.?”

Kura-kura pun menjawab..
” Aku bukannya membenci kamu, namun setiap kali aku melihatmu, aku berasa marah dan sedih kerana kamu mempunyai 4 kaki dan bebas untuk melompat ke sana dan ke mari, manakala aku pula hanya dapat merangkak di tanah. Sebenarnya, aku juga ingin menjadi bebas seperti kamu..”

Katak lalu menjawab..
” Cik Kura-Kura, setiap hidupan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku mempunyai kelebihanku sendiri dan kau juga tidak ketinggalan begitu.”
Pada suatu hari, ada seekor helang terbang ke arah mereka berdua lalu menyambar si katak tersebut. Sang kura-kura yang ketakutan terus menyembunyikan dirinya di sebalik cangkerangnya. Pada ketika itu, barulah ia sedar bahawa cangkerang yang dimilikinya adalah satu kelebuhan dan bukannya satu beban.



>>> Setiap insan memiliki kelebihan dan juga kekurangan masing-masing, namun janganlah kamu merasa bahawa kamu adalah malang kerana ada lagi indan lain yang lebih malang darimu. Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki dan berterima kasihlah atas apa yang Tuhan berikan kepadamu.. (✿◠‿◠)
:: mawar addin ::

No comments:

Post a Comment