Ahlan wasahlan~ (^_^)


Sunday 1 December 2013

Bangkitlah Adam


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi..

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya damai dihati
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita..
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda..
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa..
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama..
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya..

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah..
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh..
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh..

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh..
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah..

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


Karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

p/s :
Sedarilah Kaum Adam Sekalian
Kerana Dirimu Sangat Diperlukan
Untuk Menyelamatkan Agama..


:: mawar addin ::

No comments:

Post a Comment